Wednesday, September 12, 2007

PERSAHABATAN DEMI IMAN


Setiap hubungan persahabatan yang terjaling di antara manusia di dunia ini tidak terlepas daripada prinsip ingin mengambil manfaat daripada orang lain. Niat untuk mengambil kesempatan daripada kawan tidak salah jika kedua-duanya sama-sama reda, sama beroleh

untung dan tidak merasa dizalimi.



Namun bagaimanakah caranya supaya persahabatan itu kekal dan memberi keuntungan pada kedua-dua pihak? Hal ini merujuk pada persahabatan yang menguntungkan kehidupan didunia dan akhirat seperti yang dilalui oleh sahabat, Abdul Rahman bin Auf.


Abdul Rahman bin Auf ketika baru berhijrah ke Madinah berkenalan dengan lelaki Ansar yang baik hati dan sanggup menceraikan salah seorang isterinya untuk dijadikan isteri Abdul Rahman, selain sejumlah wang untuk sara hidup beliau.


Tetapi dengan rendah hati Abdul Rahman menolak tawaran tersebut, sebaliknya menujuklan ketinggian maruah beliau dengan permintaan,

"Tunjukkanlah kepadaku arah jalan menuju pasar." Di pasar, Abdul Rahman menjalankan perniagaan dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat mengambil keuntungan yang banyak tanpa menyusahkan sahabatnya itu.


Persahabatan demi iman, demikian Allah mengajar kita melalui firman-Nya yang bermaksud,
"Dan ingatlah ketika hari itu orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya seraya

berkata : Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah atasku, sekiranya aku tidak menjadikan si polan itu teman akrabku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Quran ketika Al-Quran datang kepadaku. Dan adalah syaitan tidak mahu menolong manusia."

(Surah Al-Furqan : 27-29)








No comments: