Monday, October 29, 2007

3 Golongan Orang Yang Akan Kita Jumpai

Sewaktu kita sedang berusaha untuk mencapai impian dan kejayaan kita, biasanya kita akan menjumpai 3 golongan orang.

1) Orang yang akan cuba menghalang atau menghancurkan impian kita
2) Orang yang tidak memberi apa-apa kesan
3) Orang yang akan menyokong & membantu kita

Orang yang cuba menghalang kita ini biasanya ada 2 jenis kategori.
a) Orang ini sememangnya sangat sayang pada kita dan justeru itu mereka ini tidak mahu melihat kita bersedih kerana gagal. Jadi, mereka akan cuba menghalang kita daripada melakukan sesuatu yang pada mereka kita tidak mungkin akan mencapainya. Biasanya, orang-orang begini adalah terdiri daripada ahli keluarga kita seperti ibu, bapa, suami, isteri, adik beradik serta kenalan rapat kita. Orang-orang sebegini tidak sukar untuk ditangani, kita hanya perlu yakinkan mereka yang kita akan berjaya.. terangkan pada mereka perancangan kita untuk mencapai impian tersebut. Insyallah mereka akan memahami dan menjadi orang-orang yang menyokong kita pula..

b) Orang yang dengki dan iri hati. Mereka ini akan menghalang kita dengan sedaya upaya untuk kita mencapai impian kita. Biasanya, disebabkan rasa tidak puas hati dan sakit hati dimana mereka ini akan rasa tergugat jika kita berjaya mencapai impian kita. Tidak kiralah tergugat dari segi pendapatan, imej ataupun ego mereka. Mereka takut kita akan jadi lebih hensem dan bergaya dari mereka.. mereka takut jika kita akan jadi lebih kaya dari mereka.. atau pun mereka takut awek mereka akan terpikat dengan kita.. hik! hik!. Oleh itu, mereka ini akan memperlekeh-lekehkan serta memandang rendah pada kiat. Mereka akan menyatakan bahawa kita tidak akan berjaya. Jadi, apa yang saya lakukan, saya akan cuba… jauhkan diri saya dari golongan-golongan seperti ini sejauh mungkin. Saya tidak akan sekali-kali menceritakan impian serta perancangan saya kepada mereka ini. Saya hanya akan diam serta lakukan apa yang saya rancangkan. Apabila bertemu mereka, saya akan berbual tentang perkara lain… mungkin berkenaan diri mereka, berkenaan awek mereka.. serta tentang apa-apa yang mereka lakukan..

Bagi golongan yang tidak memberi apa-apa kesan pula… saya akan bebas bergaul dengan mereka.. (bukan pergaulan bebas yer) bercerita tentang perkara-perkara yang menyeronokkan dalam hidup dan untuk pengetahuan anda, mereka ini selalunya akan memberikan komen “no komen” jika saya meminta pendapat mereka tentang perkara-perkara yang ingin saya lakukan untuk mencapai impian saya.

Untuk golongan orang-orang yang akan menyokong dan membantu pula, mereka ini biasanya adalah orang-orang yang mempunyai impian yang lebih kurang sama dengan kita. Mereka ingin melihat diri mereka dan kita sama-sama berjaya… mereka gembira jika kita berjaya dan kita juga gembira jika mereka berjaya. Mereka akan sentiasa menyokong kita. Mereka mempunyai minat serta pemikiran yang sama seperti kita. Jadi, golongan inilah yang patut kita pilih, sertai dan jadikan mereka sebagai kawan…

Jadi… kesimpulannya, berhati-hatilah memilih kawan.

Tuesday, October 2, 2007

Erti Persahabatan


Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita
cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.