Thursday, December 6, 2007

Kenali 7 Golongan


Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidakda sebarang naungan padanya selain daripda naungan Allah: di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingtannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah." 
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:

1. Pemerintah yang adil. Tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat. Sememangnya bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap
semua rakyatnya.

2. Orang muda yang sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhan. Sebaik-baik masa dan semahal-mahal
harganya dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja (muda) kerana pada usia inilah individu diuji pelbagai godaan. Dan beruntunglah orang yang berjaya melepasi rintangan itu.

3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid (rumah ibadat). Ada hadis menyebutkan bahawa langkahan dua kaki ke masjid bakal beroleh ganjaran besar di sisi Allah dan dikategorikan sebagai satu sedekah.

4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, dan apabila kedua-duanya bertemu dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah. Hal ini merujuk kepada perhubungan sesama insan (Persahabatan) yang terjalin kerana Allah dan dalam adab serta batas kesopanan yang dibenarkan.


5. Orang yang dipujuk oleh perempuan kaya lagi rupawan untuk berzina, lalu dia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!" Inilah sebesar-besar ketakwaan kepada Allah sehingga berjaya menangkis godaan yang datang.

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Sikap ini menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.
7. Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan sepenuh hati tanpa terlalai sedikit pun. Tiada yang lain dalam ingatannya kecuali Allah dan sifat Jalal serta Jamal-Nya...
Justeru, dalam golongan manakah kita?


Friday, November 30, 2007

Makna Kebebasan


Setiap manusia dilahirkan sama sahaja tanpa dibezakan latar belakang, kekayaan, kedudukan, paras rupa, status sosial dan sebagainya. Atau dengan kata lain, tiada diskriminasi mengenai kemerdekaan yang dimiliki seseorang individu.


Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia! kamu semua sebenarnya berasal daripada Adam, dan Adam pula diciptakan daripada tanah. Tidaklah orang Arab lebih mulia daripada orang bukan Arab, tidak pula orang berkulit putih lebih baik daripada orang berkulit hitam, melainkan kerana ketawaannya." (Hadis riwayat Ahmad)


Walaupun secara zahirnya manusia dilahirkan merdeka, namun untuk mengisi makna merdeka itu, mereka harus menjadi manusia yang selari dengan fitrah, yang juga merupakan sifat asasi manusia. Ini selaras dengan hikmah penciptaan manusia seperti firman Allah yang bermaksud, "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepada-Ku." (Surah adz-Dzariyat:56)


Menjadi manusia yang merdeka bukanlah seata-mata membebaskan diri daripada belenggu penjajahan asing. Tetapi lebih daripada itu, kemerdekaan yang hakiki ialah kebebasan manusia untuk menikmati kehidupan dengan panduan Dia selaku Pencipta Maha Agung.

Monday, October 29, 2007

3 Golongan Orang Yang Akan Kita Jumpai

Sewaktu kita sedang berusaha untuk mencapai impian dan kejayaan kita, biasanya kita akan menjumpai 3 golongan orang.

1) Orang yang akan cuba menghalang atau menghancurkan impian kita
2) Orang yang tidak memberi apa-apa kesan
3) Orang yang akan menyokong & membantu kita

Orang yang cuba menghalang kita ini biasanya ada 2 jenis kategori.
a) Orang ini sememangnya sangat sayang pada kita dan justeru itu mereka ini tidak mahu melihat kita bersedih kerana gagal. Jadi, mereka akan cuba menghalang kita daripada melakukan sesuatu yang pada mereka kita tidak mungkin akan mencapainya. Biasanya, orang-orang begini adalah terdiri daripada ahli keluarga kita seperti ibu, bapa, suami, isteri, adik beradik serta kenalan rapat kita. Orang-orang sebegini tidak sukar untuk ditangani, kita hanya perlu yakinkan mereka yang kita akan berjaya.. terangkan pada mereka perancangan kita untuk mencapai impian tersebut. Insyallah mereka akan memahami dan menjadi orang-orang yang menyokong kita pula..

b) Orang yang dengki dan iri hati. Mereka ini akan menghalang kita dengan sedaya upaya untuk kita mencapai impian kita. Biasanya, disebabkan rasa tidak puas hati dan sakit hati dimana mereka ini akan rasa tergugat jika kita berjaya mencapai impian kita. Tidak kiralah tergugat dari segi pendapatan, imej ataupun ego mereka. Mereka takut kita akan jadi lebih hensem dan bergaya dari mereka.. mereka takut jika kita akan jadi lebih kaya dari mereka.. atau pun mereka takut awek mereka akan terpikat dengan kita.. hik! hik!. Oleh itu, mereka ini akan memperlekeh-lekehkan serta memandang rendah pada kiat. Mereka akan menyatakan bahawa kita tidak akan berjaya. Jadi, apa yang saya lakukan, saya akan cuba… jauhkan diri saya dari golongan-golongan seperti ini sejauh mungkin. Saya tidak akan sekali-kali menceritakan impian serta perancangan saya kepada mereka ini. Saya hanya akan diam serta lakukan apa yang saya rancangkan. Apabila bertemu mereka, saya akan berbual tentang perkara lain… mungkin berkenaan diri mereka, berkenaan awek mereka.. serta tentang apa-apa yang mereka lakukan..

Bagi golongan yang tidak memberi apa-apa kesan pula… saya akan bebas bergaul dengan mereka.. (bukan pergaulan bebas yer) bercerita tentang perkara-perkara yang menyeronokkan dalam hidup dan untuk pengetahuan anda, mereka ini selalunya akan memberikan komen “no komen” jika saya meminta pendapat mereka tentang perkara-perkara yang ingin saya lakukan untuk mencapai impian saya.

Untuk golongan orang-orang yang akan menyokong dan membantu pula, mereka ini biasanya adalah orang-orang yang mempunyai impian yang lebih kurang sama dengan kita. Mereka ingin melihat diri mereka dan kita sama-sama berjaya… mereka gembira jika kita berjaya dan kita juga gembira jika mereka berjaya. Mereka akan sentiasa menyokong kita. Mereka mempunyai minat serta pemikiran yang sama seperti kita. Jadi, golongan inilah yang patut kita pilih, sertai dan jadikan mereka sebagai kawan…

Jadi… kesimpulannya, berhati-hatilah memilih kawan.

Tuesday, October 2, 2007

Erti Persahabatan


Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita
cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Tuesday, September 18, 2007



PeRGiLaH SePi..
SeMoGa BaHaGiA YaNg MeNaNti..

TaBaH DaN SaBaR DaLaM
MeNeMpUh SeTiAp UjIannYa

YaKIn LaH BaHaWa
SuAtU HaRi NaNti
AdA SeBaB UnTuK SaYA BeRgEmBirA..
SeMaLaM AdAlAh KeNaNgaN

HaRI InI AdAlAh SEbUaH KeNyAtAaN
DaN
EsOk MeNaNtI SeRiBu HaRAPan
SemOgA ImPiAn InI
MeNjAdI SeBuAh KeNyAtAan

YanG MeNdAmaiKan HaTi
SeOrAnG InSaN YaNg KeAlPaAn
MuDaH MeLaTah PaDa SeTiAp UjIan TuHan
LuPa BaHaWa SeTiAp ApA Yang
DiTeNtUkaN
MempunYai HikmAh YaNg TeRsImpan..
TiDaK SemUa YaNg KiTa DaMbar DaN iMpiAn MeNjaDi KeNyaTaaN
NaMuN TiDaK
PuLa Apa YaNg KiTa FiKirKan
BaIk UnTuK DiRi KiTa ItU SeBeNaRnYa YaNg TeRBaIk
ApA YaNg KiTa TiDaK SuKa ItU AdAlAh TiDaK
BaIk KeRaNa KaDaNg KaLa ApA YaNg PaLinG DiBencI ItU
AdAlAh YaNg TeRbaIk..
MeMang KiTa MaHu
MeREKaPuN MaHu,

KiTa HarUs SedaR YaNg "DIA" LaGi MaHa MeNgEtAhUi.
OlEh seBaB ItU JaNgaNLah DikAu KeNaLi
ErTi PuTuS AsA UnTuk KeJaYaan
DiDuNia DaN DiaKhIrat SaNa..
BuKtIkaNLaH PaDa SeMua YaNg DaKu AdaLah JuaRa
"gegarkan mata mereka!"
TuTuPlaH PiNtu
KeSeDiHan Itu DaN
InGaTlaH TiADa LaUtAn YaNg TiDaK BeRgElOrA


Sunday, September 16, 2007

Hidup Beragama

Kehidupan didunia adalah jambatan menuju ke alam akhirat yang kekel abadi. Malah Rasulluah sendiri menyifatkan kehidupan di dunia ibarat pengembara seperti sabda baginda yangbermaksud,


Apalah erti dunia bagiku. Hubunganku dengan dunia ini laksana seorang pengembara yang sedang berjalan di bawah terik mentari. Tiba-tiba kelihatan sebatang pohon, lalu pengembara berteduh sejenak di bawah bayanan teduhannya. Sesaat kemudian, si pengembara akan selalu pergi meninggalkan tempat itu.

(Riwayat Tirmzi)


Luqman al-Hakim seorang ahli
hakim yang namanya tertera
dalam Surah Luqman, pernah
ditanya oleh anaknya,
"Apakah satu benda yang paling
baik dimiliki setiap orang?"
Luqman menjawab,
"Agama." Si anak bertanya kembali,

"Jika dua?"
Ujar bapanya,
"Agama dan harta."

"Jika tiga?"
"Agama, harta dan sifat malu."

"Jika empat?"
"Agama, harta, sifat malu dan akhlak
yang baik."

"Jika lima?"
"Agama, harta, sifat malu, akhlak
yang baik dan sifat dermawan."

"Jika enam?"
Lantas Luqman menjawab,
"wahai anakku! Jika kelima-lima
perkara itu terkumpul pada diri
seseorang, maka dia akan mejadi
seorang yang bersih dan terpelihara
kerakwaannya serta selamat
daripada godaan syaitan."
Demikianlah pandangan hidup
yang realistik dan amat relevan
untuk mengangkat martabat
dan maruah seseorang manusia
dalam kelompok masyarakatnya.
Semua nilai baik itu terkandung
dalam agama Islam yang harus
menjadi cara hidup manusia.
Dengan agama, manusia bakal
memiliki kekuatan rohani, moral
dan mental untuk mengharungi
cabaran hidup sehingga dapat
menyesuaikan diri dengan segala
keadaan hidup yang penuh
dengan onak dan duri.
Seorang penyair Arab terkenal
pernah berkata,
"Alangkah indahnya hidup ini
apabila terhimpun agama dah
harta pada diri seseorang manusia
Dan alangkah malangnya apabila
terkumpul pula kekufuran dan
kemiskinan dalam diri seseorang
manusia."
Demikianlah beruntungnya orang yang beragama!



Friday, September 14, 2007

Hasad Dengki Umpama Api





Hasad dengki adalah perasaan yang sukar dinafikan daripada diri manusia. Hasad dengki jika dibiarkan akan bertukar menjadi dendam, seterusnya merosakkan hati seseorang. Justeru amat berbahaya jika rasa ini dibiarkan berada dalam hati.




Rasullullah bersabda yang bermaksud,


"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dengan dengki."


(Riwayat Ibnu Habban & al-Baihaqi)




Hasad dengki diumpamakan seperti api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu. Jika perasaan dengki masih dalam diri itu menunjukkan bahawa iman seseorang itu belum sempuna, malah itu adalah sifat diwarisi daripada syaitan.



Seorang pujanggan Arab pernah berkata,

"Orang hasad tidak akan senang hidupnya dengan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang jemu. Tidak ada kemanusiaan bagi pendusta dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tidak budi bagi orang yang tidak berakhlak."



Thursday, September 13, 2007

Beberape Pesanan Hikmah

Hayati Pesanan Ulama Seper
ti Berikut:



*Jangan mengikat hati kepada wanita, kerana hari ini dia untukmu dan esok hari untuk orang lain. Apabila engkau taat kepadanya, maka akan memasukkan engkau ke dalam neraka.

*jangan mengikat hati pada harta kerana harta itu pinjaman, hari ini hakmu dan esok hari hak orang lain.

* Jika hati pada harta, engkau akan bahil untuk mengeluarkan kewajipan hak Allah kerana takut miskin dan nanti jadi pak turut pada bisikan syaitan.


*Tinggalkan apa yang ragu-ragu dalam hati sebab hati seorang mukmin goncng dalam subahat, lari daripada haram dan tenang dalam halal.

*Jangan melakukan sesuatu kecuali selepas dia benar-benar mengerti bagaimana untuk menjawab apabila ditanya oleh Allah kelak.

*Kuatkan hati untuk taat. Seorang yang berasa akan mati tidak memikirkan apa yang dihadapinya daripada kesukaran.

*Rajin melakukan ketaatan, maka bertambah banyak amalnya.


*Kurangkan kerisauan. Jika dia berasa tidak lama lagi akan mati, maka dia tidak memikirkan apa yang dihadapi daripada kesukaran.


*Reda dengan kehiduan yang sederhana. Apabila berasa tidak lama lagi akan mati, maka tidak perlu mencari banyak dan semeangnya ditujukan untuk akhirat.




Wednesday, September 12, 2007

PERSAHABATAN DEMI IMAN


Setiap hubungan persahabatan yang terjaling di antara manusia di dunia ini tidak terlepas daripada prinsip ingin mengambil manfaat daripada orang lain. Niat untuk mengambil kesempatan daripada kawan tidak salah jika kedua-duanya sama-sama reda, sama beroleh

untung dan tidak merasa dizalimi.



Namun bagaimanakah caranya supaya persahabatan itu kekal dan memberi keuntungan pada kedua-dua pihak? Hal ini merujuk pada persahabatan yang menguntungkan kehidupan didunia dan akhirat seperti yang dilalui oleh sahabat, Abdul Rahman bin Auf.


Abdul Rahman bin Auf ketika baru berhijrah ke Madinah berkenalan dengan lelaki Ansar yang baik hati dan sanggup menceraikan salah seorang isterinya untuk dijadikan isteri Abdul Rahman, selain sejumlah wang untuk sara hidup beliau.


Tetapi dengan rendah hati Abdul Rahman menolak tawaran tersebut, sebaliknya menujuklan ketinggian maruah beliau dengan permintaan,

"Tunjukkanlah kepadaku arah jalan menuju pasar." Di pasar, Abdul Rahman menjalankan perniagaan dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat mengambil keuntungan yang banyak tanpa menyusahkan sahabatnya itu.


Persahabatan demi iman, demikian Allah mengajar kita melalui firman-Nya yang bermaksud,
"Dan ingatlah ketika hari itu orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya seraya

berkata : Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah atasku, sekiranya aku tidak menjadikan si polan itu teman akrabku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Quran ketika Al-Quran datang kepadaku. Dan adalah syaitan tidak mahu menolong manusia."

(Surah Al-Furqan : 27-29)